Sabtu, 7 Mei 2016

TUJUAN HIDUP ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

               Apa sebenarnya erti kehidupan ?? Ramai orang tidak pernah berhenti untuk mencari apa sebenarnya erti kehidupan . Erti hidup sebenarnya apabila segala yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah. Sekiranya kita tidak mendapat keredhaan Allah, saya yakin tidak ada erti hidup pun dalam kehidupan kita. Matlamat utama hidup kita adalah untuk mendapat keredhaan dan kerahmatan Allah bukannya mendapat apa yang diinginkan dalam hidup ini. Ya, saya akui kita ada perasaan ingin memiliki, mendapat atau mencapai sesuatu tetapi biarlah semuanya berlandaskan syariat dan keredhaan Allah. Menurut sebuah hadis, Allah akan memberi sesuatu sesuai dengan niat kita, sekiranya kita inginkan balasan dari Allah inshaAllah kita akan mendapatkannya.

               Dalam Al-Quran ada mengatakan manusia tidak dijadikan sia-sia. Ada tanggungjawab dan tugas yang harus dipikul. Kita dicipta dekat dunia ni bukan untuk seronok-seronok, untuk tahu buruk orang. tidak..... itu bukan tujuan hidup kita. Kita dicipta untuk kenal pencipta kita dengan sebenar-benar kenal. Kita dicipta untuk sembah dan mengabdikan diri hanya untuk Allah dan menjadi khalifah dimuka bumi ini. Semua orang diuji dengan pelbagai jenis dugaan cuma dengan cara atau jenis dugaan yang berbeza. Dengan ujian yang dihadapi, kita akan bertambah matang dan positif serta boleh berfikir dengan lebih rasional.

               Kita selalu dengar orang selalu cakap kita makan untuk hidup, ni mungkin kata-kata orang yang matang fikirannya, bagi orang yang kurang matang akan kata kita hidup untuk makan dan bagi orang yang materialistik pula akan kata kita hidup untuk cari harta, pangkat, kekayaan dan sebagainya. jadi saya nak tanya itu ke tujuan hidup kita? sekiranya itu tujuan hidup kita macam mana pulak dengan janji-janji kita dengan Allah semasa solat iaitu " sesungguhnya solatku,ibadatku, hidup dan matiku hanya untuk Allah, tuhan  sekalian alam". apakah itu bukan tujuan hidup kita??? apakah itu hanya perkataan yang hanya keluar dari mulut tanpa kita faham dengan lebih mendalam. Sebenarnya itulah matlamat hidup kita semua. Ada beza antara orang yang hidup untuk dirinya sendiri dengan orang yang hidup hanya untuk Allah.

               Hidup tanpa tujuan akan membuat hidup kita terasa hampa. Tanpa tahu tujuan sebenar untuk hidup, kehidupan kita akan menjadi sia-sia dan membosankan. Tujuan utama hidup kita adalah untuk beribadat kepada Allah seperti Allah berfirman dalam al-quran yang bermaksud " aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada aku ".

sekian...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan