Ahad, 8 Mei 2016

KELEBIHAN MEMELIHARA HAIWAN PELIHARAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

               Haiwan peliharaan ? haiwan peliharaan tu apa ? okay, haiwan peliharaan ini adalah haiwan yang dipelihara sebagai peneman kepada pemiliknya. Haiwan peliharaan yang paling digemari ialah haiwan yang setia, suka bermain , menarik perhatian dan comel. Bagi saya, saya suka pelihara kucing. hehehe, sebab kucing ni comel. Mungkin ada sesetengah orang yang berasa remeh untuk memelihara haiwan kerana ia memerlukan penjagaan yang rapi dan khusus. Haiwan peliharaan perlu dimandikan, dibersihkan najisnya atau ada juga yang lasak dan nakal. Tetapi disebalik itu, memelihara haiwan peliharaan sebenarnya banyak mendatangkan kebaikan. 

               Antara kebaikan memelihara haiwan peliharaan dirumah ialah dapat menurunkan tekanan darah iaitu jika kita menyayangi haiwan peliharaan dan sering mengajaknya bergurau, sebenarnya situasi macam itu boleh menstabilkan dan menurunkan tekanan darah kita. Pastu ianya juga dapat meningkatkan kesegaran tubuh badan dan menurunkan kolestrol, dengan  cara kita suka bersenam dan bawa haiwan peliharaan kita bersama. Ia akan memberikan kesan pada penurunan kadar kolesterol tubuh badan dan perkara ini juga akan memberikan tubuh kita kekuatan untuk mencegah penyakit datang.Situasi ini saling berkait dengan penurunan tekanan darah dan melonggarkan pembuluh darah sehingga darah dapat mengalir lancar.

               Selain itu, menghilangkan stress dan mengurangkan depresi iaitu jika kita memelihara kucing, hamster atau haiwan peliharaan lain yang dapat mengisi hati kita dan membuatkan kita bukan sahaja tersenyum. Bahkan ketawa terbahak-bahak, jadi jagalah haiwan peliharaan kita itu  seumur hidup. Kehadiran haiwan peliharaan dalam hidup kita  adalah tiket untuk kita bebas daripada stress dan depresi. Ia akan mengeluarkan hormon endorphin dari otak yang akan membuat kita lebih berkeyakinan, berasa lebih bahagia dan berfikiran positif. Memelihara haiwan peliharaan juga boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, jika kita berjaya menghindari daripada hipertensi dan kolesterol, menjadi penyumbang kecil kemungkinannya kita akan mengalami penyakit kardiovaskuler secara tiba-tiba. Kombinasi antara menurunkan stress, bebas daripada depresi dan penurunan tekanan darah mampu mencegah kita daripada risiko penyakit kardiovaskular.

               Saya juga memelihara kucing dirumah, kucing ni haiwan yang comel. Telatahnya yang nakal dan manja amat mencuit hati saya dan keluarga saya. Saya tidak boleh ingat sudah berapa banyak kami sekeluarga memelihara kucing. Tidak lama pergi pasti ada pengganti baru. pelbagai jenis warna dan jantina. Nama kucing peliharaan kami sekeluarga ialah Jamilah, kami letak nama jamilah sebab maksud jamilah dalam bahasa arab ialah cantik. Kucing peliharaan kami sekeluarga ni betina dan cantik. heheheh. 

sekian...






2 ulasan: