Ahad, 8 Mei 2016

KELEBIHAN MEMELIHARA HAIWAN PELIHARAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

               Haiwan peliharaan ? haiwan peliharaan tu apa ? okay, haiwan peliharaan ini adalah haiwan yang dipelihara sebagai peneman kepada pemiliknya. Haiwan peliharaan yang paling digemari ialah haiwan yang setia, suka bermain , menarik perhatian dan comel. Bagi saya, saya suka pelihara kucing. hehehe, sebab kucing ni comel. Mungkin ada sesetengah orang yang berasa remeh untuk memelihara haiwan kerana ia memerlukan penjagaan yang rapi dan khusus. Haiwan peliharaan perlu dimandikan, dibersihkan najisnya atau ada juga yang lasak dan nakal. Tetapi disebalik itu, memelihara haiwan peliharaan sebenarnya banyak mendatangkan kebaikan. 

               Antara kebaikan memelihara haiwan peliharaan dirumah ialah dapat menurunkan tekanan darah iaitu jika kita menyayangi haiwan peliharaan dan sering mengajaknya bergurau, sebenarnya situasi macam itu boleh menstabilkan dan menurunkan tekanan darah kita. Pastu ianya juga dapat meningkatkan kesegaran tubuh badan dan menurunkan kolestrol, dengan  cara kita suka bersenam dan bawa haiwan peliharaan kita bersama. Ia akan memberikan kesan pada penurunan kadar kolesterol tubuh badan dan perkara ini juga akan memberikan tubuh kita kekuatan untuk mencegah penyakit datang.Situasi ini saling berkait dengan penurunan tekanan darah dan melonggarkan pembuluh darah sehingga darah dapat mengalir lancar.

               Selain itu, menghilangkan stress dan mengurangkan depresi iaitu jika kita memelihara kucing, hamster atau haiwan peliharaan lain yang dapat mengisi hati kita dan membuatkan kita bukan sahaja tersenyum. Bahkan ketawa terbahak-bahak, jadi jagalah haiwan peliharaan kita itu  seumur hidup. Kehadiran haiwan peliharaan dalam hidup kita  adalah tiket untuk kita bebas daripada stress dan depresi. Ia akan mengeluarkan hormon endorphin dari otak yang akan membuat kita lebih berkeyakinan, berasa lebih bahagia dan berfikiran positif. Memelihara haiwan peliharaan juga boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, jika kita berjaya menghindari daripada hipertensi dan kolesterol, menjadi penyumbang kecil kemungkinannya kita akan mengalami penyakit kardiovaskuler secara tiba-tiba. Kombinasi antara menurunkan stress, bebas daripada depresi dan penurunan tekanan darah mampu mencegah kita daripada risiko penyakit kardiovaskular.

               Saya juga memelihara kucing dirumah, kucing ni haiwan yang comel. Telatahnya yang nakal dan manja amat mencuit hati saya dan keluarga saya. Saya tidak boleh ingat sudah berapa banyak kami sekeluarga memelihara kucing. Tidak lama pergi pasti ada pengganti baru. pelbagai jenis warna dan jantina. Nama kucing peliharaan kami sekeluarga ialah Jamilah, kami letak nama jamilah sebab maksud jamilah dalam bahasa arab ialah cantik. Kucing peliharaan kami sekeluarga ni betina dan cantik. heheheh. 

sekian...






HUTAN SINTOK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

               Saya hendak ceritakan pengalaman masuk hutan sintok dekat universiti utara malaysia ini. Mesti ramai yang dah pernah masuk hutan sintok ni kan ? yelah semua orang nak tengok suasana hutan sintok. Saya pada mulanya rasa takut nak masuk hutan sintok ni sebab saya tidak berapa suka sangat aktiviti lasak macam tu, tapi bila kawan ajak dan roommate kawan pula asyik cerita pasal hutan sintok ja biasalah budak kembara dah sebati pun dengan diaorang punya kehidupan pasal hutan sintok ni. hehehe. lepas diajak oleh kawan saya, saya pun setujulah untuk masuk hutan sintok ini bawah anjuran kelab gema pahang.


               
               Okay.. ni masa mula-mula nak mulakan perjalanan masuk hutan sintok, nampak tak semua semangat je melangkah masuk.. hehehe. tak mencabar sangat laluan ni.. maksudnya ada laluan yang mencabar ke lepas ni?? tertanya-tanya tak ? kejap eak kejap lagi saya cerita. Masuk hutan sintok ni makan masa sebanyak setengah jam atau 45 minit macam tu, laluan yang dalam gambar tu tak mencabar lagi, lepas laluan tu kena naik macam pacak sikit. Masa nak naik tu kalau tengok dari bawah rasa macam boleh ke aku naik benda alah ni... aduhhh kalau jatuh macam mana mahunya tak luka satu badan. haaa, macam-macam soalan tetiba keluar dari kepala. nak naik puncak tu kena guna tali, ya allah tak tahulah nak gambarkan macam mana, tapi tu lah terpaksalah berpusing-pusing dekat situ sebab tak nak lepaskan tali. Nanti kalau lepas tali tu mahunya tergolek-golek dekat bawah. naknya pulak beg berat sebab bawak botol air yang 1.5 liter air punya dah macam nenek bongkok tiga  sampai abang kembara tu tegur bawak batu ke apa ni.. aduhhh menyirap pula.

               Tak lama lepas tu turunlah bukit. Masa turun bukit tu kawan saya terjatuh, nervous sangat kot, hehehe, nasiblah tak teruk. Tapi cabaran semua itu tidak sia-sia kerana pengakhirannya kami sampai di tasik hidden kalau tak silap namanya. Memang cantik pemandangannya. Kadangkala kita tak tahu bahawa dalam hutan pun ada juga tasik yang tersorok, cantik pula tu. Sampai je dekat tasik ni saya dengan kawan saya cari tempat yang orang tak ada sangat, kitaorang ni memang macam ni suka jauh dari orang sampai adalah sorang ni asyik pandang-pandang kitaorang je mungkin takut kitaorang lari kot sebab tak nak hadapi benda yang lain.hehehe. Dibawah inilah gambar tasik hidden.


             


             Lepas naik turun bukit kami pun sampailah dekat tempat terakhir untuk ambil makanan dan minuman free... hehehe, Kepada sape-sape yang tak pernah naik lagi bolehlah masuk hutan sintok uum ni. okay sampai sini sajalah. 
sekian...





             


  

Sabtu, 7 Mei 2016

TUJUAN HIDUP ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

               Apa sebenarnya erti kehidupan ?? Ramai orang tidak pernah berhenti untuk mencari apa sebenarnya erti kehidupan . Erti hidup sebenarnya apabila segala yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah. Sekiranya kita tidak mendapat keredhaan Allah, saya yakin tidak ada erti hidup pun dalam kehidupan kita. Matlamat utama hidup kita adalah untuk mendapat keredhaan dan kerahmatan Allah bukannya mendapat apa yang diinginkan dalam hidup ini. Ya, saya akui kita ada perasaan ingin memiliki, mendapat atau mencapai sesuatu tetapi biarlah semuanya berlandaskan syariat dan keredhaan Allah. Menurut sebuah hadis, Allah akan memberi sesuatu sesuai dengan niat kita, sekiranya kita inginkan balasan dari Allah inshaAllah kita akan mendapatkannya.

               Dalam Al-Quran ada mengatakan manusia tidak dijadikan sia-sia. Ada tanggungjawab dan tugas yang harus dipikul. Kita dicipta dekat dunia ni bukan untuk seronok-seronok, untuk tahu buruk orang. tidak..... itu bukan tujuan hidup kita. Kita dicipta untuk kenal pencipta kita dengan sebenar-benar kenal. Kita dicipta untuk sembah dan mengabdikan diri hanya untuk Allah dan menjadi khalifah dimuka bumi ini. Semua orang diuji dengan pelbagai jenis dugaan cuma dengan cara atau jenis dugaan yang berbeza. Dengan ujian yang dihadapi, kita akan bertambah matang dan positif serta boleh berfikir dengan lebih rasional.

               Kita selalu dengar orang selalu cakap kita makan untuk hidup, ni mungkin kata-kata orang yang matang fikirannya, bagi orang yang kurang matang akan kata kita hidup untuk makan dan bagi orang yang materialistik pula akan kata kita hidup untuk cari harta, pangkat, kekayaan dan sebagainya. jadi saya nak tanya itu ke tujuan hidup kita? sekiranya itu tujuan hidup kita macam mana pulak dengan janji-janji kita dengan Allah semasa solat iaitu " sesungguhnya solatku,ibadatku, hidup dan matiku hanya untuk Allah, tuhan  sekalian alam". apakah itu bukan tujuan hidup kita??? apakah itu hanya perkataan yang hanya keluar dari mulut tanpa kita faham dengan lebih mendalam. Sebenarnya itulah matlamat hidup kita semua. Ada beza antara orang yang hidup untuk dirinya sendiri dengan orang yang hidup hanya untuk Allah.

               Hidup tanpa tujuan akan membuat hidup kita terasa hampa. Tanpa tahu tujuan sebenar untuk hidup, kehidupan kita akan menjadi sia-sia dan membosankan. Tujuan utama hidup kita adalah untuk beribadat kepada Allah seperti Allah berfirman dalam al-quran yang bermaksud " aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada aku ".

sekian...





MINAT DAN PENGALAMAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
   
            Memandangkan minat saya berkaitan dengan perniagaan, saya mulakan minat ini dengan menyertai aktiviti kokurikulum dekat universiti iaitu katering. Manalah tahu nanti boleh buka bisnes sendiri. Mungkin dengan menceburi bidang katering dapat kuatkan lagi semangat untuk berniaga. Macam-macam yang dipelajari dalam kokurikulum katering ini. Saya diajar macam mana nak hias makanan untuk orang, kebersihan semasa masak, cara-cara potong sayur,buah dan lain-lain lagi. 

             Minggu pertama memasak, chef bagi tema makanan tradisional ala-ala makanan yang senang kita jumpa atau makan gitu. Pastu kami satu kumpulan berbincang apa yang nak masak, macam mana nak masak, bahan apa yang nak kena beli dan boleh ke buat makanan tu jadi betul-betul sedap. hehehe. Kami pun buat kata putus untuk buat tom yam, sayur kailan ikan masin dan sotong goreng tepung. Keesokkan tu kami pun pergilah beli barang dekat C-Mart. hmmm banyak juga duit habis sebenarnya tapi takpe untuk minat semuanya boleh. Macam orang-orang kata, habis duit untuk benda yang baik tak apa jangan habis duit untuk benda yang bukan-bukan.

              Kami pun masaklah tom yam, sayur kailan ikan masin dan sotong goreng tepung. Biasalah apabila first time nak masak dekat luar maksudnya selain dekat rumah ni agak nervous sikit, semua kerja macam jadi tak jadi ja. Chef pun faham, dia tunjuk semua benda dekat kami semua. Lagi satu ada beza masak dekat rumah dengan masak dekat tempat lain, Dekat rumah kita poton g ja macam mana pun asalkan potong tapi masak dekat sini ada cara-cara nak potong semua contohnya macam mana nak potong bawang, macam mana nak potong sayur dan banyak lagi. Selepas dah siap semua, kami kjena hidang semua masakan tadi untuk chef rasa dan komen. 

              Minggu kedua pula, kami diberi tugas untuk buat masakan barat. Agak menguji tapi best. Macam biasa kami akan pergi cari barang untuk masak. Kali ni kami masak coleslaw, tortilla chicken wrap, potato wedges dan mushroom sup. Sekali sekala makan masakan barat tak salah kan? Mungkin minggu kedua ni kami dah boleh masak dengan baik sikit dari minggu pertama. Biasalah first time kan, nervous sikit. hehehe... Minggu ketiga sekaligus yang terakhir kami kena buat dessert. kami sekumpulan buat kata putus untuk buat yang simple-simple ja, jadi kami buat kek batik, cocktail buah dan potato supreme with cheese. Sebenarnya potato supreme cheese tu rekaan kami ja sebab nak habiskan bahan yang ada. macam orang kata cuba tak salah dan tak rugi pun. hehehe.

               
               











                    Semua nilah yang kami sekumpulan masak selama 3 minggu untuk sem 2 ni. InshaAllah sem depan ada banyak lagi nak masak. Inilah pengalaman memasak saya selaras untuk tingkatkan semangat saya dalam bidang perniagaan. Saya nak lampirkan sedikit kata-kata semangat yang mendorong diri saya untuk terus bersemangat dengan minat saya.

                    Kehebatan yang paling besar ialah " bukan berdabik dada mengatakan kita tidak pernah gagal, tetapi bangun dari setiap kali kita jatuh. jatuh bukan untuk tiarap terus tapi bangun dengan lebih kuat dan berazam " kita tidak akan jatuh lagi".



sekian ....