Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat datang ke blog saya, tidak ada apalah sangat yang ingin diceritakan di blog ini. Saya hanya ingin menceritakan tentang diri saya sendiri, minat dan sewaktu dengannya. Apa khabar iman kita semua hari ini ? hai kepada diriku yang semakin ke masa hadapan dan yang semakin jahil dalam pelbagai perkara.
Nama saya Noraslina Binti Mahmud. Saya berusia 20 tahun dan sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Utara Malaysia dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian.Saya tidaklah berasal dari keluarga yang berada. Keluarga saya adalah keluarga yang sederhana tetapi alhamdulillah sentiasa bahagia sehingga ke hari ini dan selamanya, inshaAllah. Ayah dan ibu adalah semangat saya, cinta hati dunia akhirat. Saya mempunyai dua orang kakak, seorang abang dan dua orang adik (perempuan dan lelaki). Boleh dikatakan serba serbi lengkap, alhamdulillah. Tidak perlulah saya ambil adik, abang atau kakak angkat (hahaha). Syukur pada Allah atas anugerah ini kepada saya. Saya anak keempat daripada enam adik-beradik. Saya seorang yang agak peramah tetapi sesiapa yang tidak kenal dengan saya mesti cakap saya seorang yang sombong. Saya seorang yang sangat 'simple', siapa yang baik dengan saya, saya juga akan baik dengannya. InshaAllah.
Saya berminat dalam bidang perniagaan atau lebih kepada sesuatu yang bermain dengan nombor seperti guru matematik, pegawai bank dan sekufu dengannya. Mungkin ianya kerana ayah saya seorang peniaga, kerana selalu membantu ayah berniaga saya semakin meminati bidang tersebut. Dalam bidang perniagaan ini pelbagai perkara kita akan dapat ketahui. Salah satu daripadanya ialah kerenah pelanggan atau orang ramai, undang-undang perniagaan, reaksi orang terhadap produk atau perkhidmatan yang dipasarkan dan pelbagai lagi. Perniagaan adalah sesuatu yang mulia. Nabi Muhammad SAW sendiri pernah berniaga dan 9/10 daripada rezeki adalah datangnya daripada perniagaan. Dalam berniaga, lafaz akad itu juga dikira sebagai ibadah jika kita melakukannya ikhlas kerana Allah Taala, inshaAllah. Dengan menjalankan perniagaan juga dapat membentuk kita menjadi seorang yang jujur, amanah, pemurah dan seorang yang sentiasa bersyukur.
Sebelum saya akhirkan catatan saya ini, saya ingin katakan bahawa syukurilah dengan nikmat yang Allah berikan pada kita semua. Kadang-kadang kita terlupa untuk syukuri anugerah Allah kepada kita. Nikmat itu adalah pinjaman sahaja, bila-bila masa sahaja Allah boleh menariknya kembali. Jadilah hamba Allah yang berjiwa qana'ah. Syukuri apa yang kita perolehi kerana dengan itulah kita akan merasakan segalanya cukup. Demikianlah catatan saya, yang baik datangnya dari Allah yang buruk datangnya dari diri saya sendiri. Semoga kita semua dapat mencapai matlamat utama kita iaitu mendapatkan keredhaan dan kerahmatan Allah SWT.